Hidup kita yang dikatakan singkat ini Nampak macam tidak singkat tapi pada masa yang sama juga merupakan satu tempoh yang panjang…tiada saper – saper yang dapat menentukan sama ada hidup adalah panjang atau pendek. Ramai juga yang tidak pernah pikirkan persoalan ini juga sebab bagi mereka memikirkan adalah satu pembaziran tenaga. Semua ini adalah betul apabila seseorang individu itu belum menemui kehidupan di mana dier tidak perlu mencari dan menunggu untuk menemui apa yang diingini.
Sering kali dalam hidup, kita akan mencari dan mengusahakan sesuatu untuk menhiasi hidup kita. Tidak lain tidak bukan, secara umumnya umat manusia sentiasa mencari impiam, harapan dan juga keinginan…selagi mereka tidak menemuinya, mereka akan mencari dan mencari. Namun apabila mereka dah menemui, perkara itu tidak semestinyer alaah sesuatu yang mengembirakan. Hal ini kerana menemui apa yang dicarikan selama ini mungkin akan memberikan nokhtah titik kepada makna kehidupan kelak.
Ada juga sesetengah pihak yang akan bergembira selepas menemui perkara yang ingin dicarikan. Namun sejauh mana kegembiraan itu akan membawa individu itu dan kegembiraan itu akan bertahan sementara atau akan berkekalan. Semestinya jawa[annya adalah sementara. Tiada perkara yang akan berkekalan di dunia ini.
Apbila kita mencari sesuatu, kita akan menentukan apa yang kami ingin temui nanti…namun setiap pencarian itu tidak semestinya menjamin kita akan menemui apa yang kami inginkan. Kadang kala, walaupon tidak menjumpai apa yang kami ingin temui, kita sebenarnya menemui perkara lain yang tidak didugakan. Jadi, apakah maknanya pencarian sedangkan perkara yang ingin dicari tidak semestinya adalah perkara yang akan dan ingin ditemui….
Dalam persoalan cinta, kita sering kali ingin mencari jodoh yang benar…ingin menemui takdir yang sebenar…ingin menjumpai orang yang kami benar – benar cintai. Namun selepas menemuinya, kita akan bergembira tetapi tidak akan berpanjangan. Cinta sejati yang dianggap telah ditemui itu sebenarnya tidak memberikan jaminan sepanjang umur. Kadang kala, dalam mencari pasangan yang sejati dan takdir yang sepatutnya, kita akan menemui diri kita yang berlainan dan mencarikan pasangan yang berlainan…jadi apakah maknanya nanti sekiranya pasangan ideal itu sudah ditemui….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment