Monday, January 17, 2011

Anak Pelayar...

Wahai anak pelayar
Makin jauh kau belayar,
Makin jauh kau membawa diri,
Adakah anda sedari,
Sepanjang perjalanan engkau ini,
Tiada harta dan ilmu yang dimiliki kau,
Semua yang dibawa dalam perjalananmu,
Adalah satu sedekah,
Satu pinjaman dan bukan satu pemilikan,

Pelayaran kini adalah suatu pergantungan,
Suatu rayuan, suatu permintaan,
Kapal kau makin lama makin luas,
Kapal kau dibuatnya asal kayu kini emas jadinya,
Kapal kau asal di sungai kini gah menghadap laut,
Namun, kau masih lagi dalam pelayaran,
Pelayaran yang penuh pergantungan,
Pelayaran yang berharap,
Pelayaran yang berupa satu sedekah,
Daripada insan yang bergelar bonda,
Insan yang bergelar ayahanda,
Dan dilengkapkan
Dengan mereka yang kau panggil guru.


Pada masa kini, mahasiswa mahasiswi kadang kala terlalu membawa diri sehinggakan mereka lupa daratan. Mereka terlalu berlagak dengan identiti diri mereka selaku mahasiswa tetapi sedarkah mereka bahawa identiti mereka ini sebenarnya merupakan satu aset yang dipinjam dan disedekahkan oleh insan yang mereka gelar ibu dan bapa. Tanpa mereka, adakah anda mampu untuk meneruskan pengajian anda di universiti?
Segala perbelanjaan dan tanggungan kos hidup anda di universiti adalah di bahu mereka yang tidak pernah mengenal penat dan lelah. Tidak juga mereka pernah mengeluh walaupon sepatah dua kata. Tapi adakah mahasiswa yang ditanggung oleh mereka ini menghargai segala – galanya?
Walaupun mencapai keputusan yang bagus, mendapat anugerah yang tinggi dan mendapat gelaran yang gempak mana pon, semuanya sebenarnya bukan milik anda. Segala yang anda peroleh pada masa kini sebagai seorang mahasiswa adalah satu pinjaman yang anda tidak perlu minta daripada insan yang memberi tanpa mengharapkan balasan. Segala pujian yang anda peroleh selaku seorang mahasiswa juaga bukan milik anda sepenuhnya. Mereka juga merupakan sebahagian daripada gelaran yang anda miliki. Tanpa mereka memberi tanpa mengenal balasan...adakah anda mampu mengelar diri anda mahasiswa?
Meskipun, ada insan yang menyumbang hidup anda di universiti...jangan anda lupa terhadap mereka yang memberi anda ilmu. Tanpa mereka, adakah anda mampu untuk berada di menara gading... Mampukah anda yang bergelar mahasiswa ini mencipta nama di pustaka dunia?
Wahai mahasiswa, janganlah anda berlagak kerana anda digelar mahasiswa. Hal ini kerana gelaran itu bukan milik anda sepenuhnya. Anda cuma meminjam gelaran tersebut...mengambil sedekah tersebut tanpa perlu merayu...kedudukan anda kini di universiti...adalah satu hasil semua pihak yang telah banyak berkorban untuk anda yang bergelar mahasiswa....

Tanyalah diri anda: apakah erti ‘mahasiswa’ bagi diri anda? Perlukan anda berlagak dengan sesuatu yang bukan milik anda sepenuhnyer? Sedarlah wahai kawanku.....

No comments: