Sunday, September 6, 2009

Cuti!!! Cuti!!! Cuti!!!

terasa sungguh tenang dalam cuti sehari ini...dah lama tidak merasai perasaan cuti...haha...tapi seperti biasa, masa cuti ini tidak akan saya sia - siakan begitu sahaja...

haiz...tp...ntah lar nak lakukan aper dalam masa cuti sehari ini. katakan ia panjang x la panjang sangat cutinya, kata ia pendek x lar pendek sangat. haha....konklusi, ia merupakan cuti sehari juga lar...(sukernyer merepek!!!!!!!!!!!!!)

namun, cuti bagi saya mempunyai definasi yang sangat berlainan. ramai yang menganggap cuti merupakan masa untuk berehat dan bersuka ria tapi bagi saya cuti merupakan masa bagi saya untuk memikirkan perkara di luar kotak...inilah masa untuk kita mencari idea baru dan juga mecari landasan baru bagi perjalanan hidup saya...

mungkin inilah sebabnya saya tidak pernah rase jemu dalam masa cuti saya. saya masih ingat, pernah sekali saya melancong ke Terengganu waktu musim cuti...masa itu bukan musin tengkujuh, jadi dapat saya menyelam bersama kawan - kawan saya dalam kawasan air yang sungguh jernih sekali. (peliknya i x taw berenang...haha...)

dalam menyelam itu, tiba - tiba i terpikiak untuk hidup sebagai pelayar...haha...memang melucakan tetapi itulah perkara yang saya sering pikirkan semasa menyelam. selepas selesai berenang, ideologi untuk menjadi pelayar masih dalam kepala hoak saya...tidak tahu mengapa...mungkin saya tertark dengan keadaan sekitar kawasan saya menyelam kut...

namun, apabila saya menaiki bas untuk kembali ke kampung halaman, saya rasa diri saya telah kembali ke dunia realiti. sepanjang perjalanan, saya terkenang semula keadaan persekitaran dalam kawasan air yang jernih itu. sungguh tenang dan harmoni. namun itu bukan lah hidup yang saya inginkan.

dari saat itulah , saya telah menjumpai sesuatu prinsip hidup dalam diri saya - jangan mudah melepaskan diri anda. tidak kira dalam ape jua perkara sekalipun, kebebasan kita sabagai umat yang berakal ialah untuk berfikir. namun, pemikiran yang tidak logik senantiasa melanda kita. oleh itu, kita harus senantiasa berwaspada agar tidak terjerumus dalam pemikiran itu. jadi janganlah terlalu membebaskan diri anda terpengarauh dengan persekitaran.

itulah salah satu prinsip yang saya amalkan - prinsip yang saya tercari dalam cuti 5 tahun yang lepas. namun, kini segalanya telah berubah...u dah kehilangan prinsip hidup saya sendiri...ntah lar apakah hala tuju i yang sebenarnya...haiz...alangkahnya baiknya jika i dapat bercuti lagi....

1 comment:

harmless said...

bercutilah lagi.... untuk mendapat idea baru bagi meneruskan hidup ini dengan berlandaskan suatu pemikiran baru yang lebih positif dan bermakna.